Saturday, 27 January 2018

[Gambar] 5 Adik Artis Popular Malaysia Yang Tercantik & Terkenal ! No. 1 tu mmg hot habis !



Mungkin anda sudah mengikuti mereka dari laman media sosial seperti Instagram dan sebagainya. Ya, calon senarai adik Artis atau Selebriti popular di Malaysia ini sememangnya ‘Super Gojes’ dan boleh juga dikatakan terkenal di laman media sosial. Senarai ini disusun mengikuti jumlah pengikut mereka laman media sosial Intagram. Mari kita lihat siapakah yang akan mendapat tempat teratas.

Elisya sandha, adik, perempuan, fasha sandha, adik beradik, model, tercantik, terkenal, instagram, instafamous

elisya sandha, adik, perempuan, fasha sandha, adik beradik, model, tercantik, terkenal, instagram, instafamous

5. Elisya Sandha (108,000 Followers)

Elisya Sandha atau nama sebenar Nur Elisya Mohd. Faisal merupakan adik kepada pelakon Malaysia popular yang kini sedang hangat dalam Drama bersiri ‘Lara Aishah’, Fasha Sandha. Elisya Sandha yang berketurunan anak mami ini sememangnya memiliki yang wajah cantik yang unik seperti kakaknya juga.

Beliau kini berusia 17 tahun baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan seorang model. Anda boleh mengikuti akaun Instagram beliau di @elisyasandha.

afifah nasir, adik beradik, artis malaysia, anzalna nasir

4. Afifah Nasir (152,000 Followers)

Afifah Nasir berusia 23 tahun merupakan adik kepada artis popular malaysia Anzalna Nasir dan juga Mia Nasir. Adik beradik Nasir ini sememangnya terkenal dengan wajah mereka yang cantik dan bakat lakonan mereka yang mantap.

Beliau juga merupakan seorang model dan baru berjinak-jinak dalam menceburi bidang lakonan seperti kakak-kakaknya. Anda boleh ikut perkembangan beliau di Instagram @afifahnasir93.

syifa melvin, adik beradik, syatilla melvin, tercantik, terkenal, malaysia, artis

3. Syifa Melvin (185,000 Followers)

Syifa Melvin merupakan adik kepada pelakon popular tempatan, Syatilla Melvin dan juga lebih dikenali dengan Isteri kepada Shaheizy Sam.

Wajahnya memang ada iras kakaknya dan beliau juga merupakan seorang Blogger tempatan yang fokus kepada kecantikan luar dan dalaman. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini beliau di Instagram @syifamelvin.

Ezlisa Loy, Adik Beradik, Elfira Loy, Instagram, Tercantik, Terkenal, Artis Malaysia, Selebriti

2. Ezlisa Loy (439,000 Followers)

Ezlisa Loy atau nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri merupakan adik kepada pelakon Malaysia popular Elfira Loy. Wajahnya sememangnya ada iras kakaknya.

Ezlisa juga pernah membintangi telefilem berjudul ‘Puteri & Putera Hodoh’ pada tahun 2013. Ezlisa juga rajin memasuki video-video tutorial make-up di laman media sosial Instagramnya. Ikuti beliau di @ezlisaloy.

nur ameera khan, adik beradik, adik perempuan, neelofa, noor neelofa, littlemisskhan, artis malaysia, selebriti

1. Nur Ameera Khan (493,000 Followers)

Nur Ameera Khan merupakan adik kepada artis popular dan juga pengacara terkenal Malaysia yang pernah memenangi Artis Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016 iaitu Noor Neelofa. Gadis berwajah ala-ala kacukan arab dan pakistan ini sememangnya ada iras kakaknya.

Beliau juga boleh dikatakan sangat terkenal di media sosial Instagram, sekeping gambar beliau boleh mencecah sehingga berbelas ribu ‘like’. Beliau kini berusia 16 tahun dan banyak menerima tawaran untuk mempromosikan produk-produk tempatan di laman media sosial beliau. Anda boleh mengikuti akaun Instagram beliau di @littlemisskhan.

Sumber : bloggerbar




0 komentar

Post a Comment