Wednesday, 31 January 2018

[Foto] Tidak Mandi Lebih Dari Setengah Abad, Lelaki Ini Digelar Manusia Paling Kotor Di Dunia

Tiada siapa yang mengetahui nama sebenar beliau. ‘Amou’ adalah panggilan sayang oleh kanak-kanak di Iran pada golongan yang lebih berusia, manakala ‘Haji’ adalah gelaran hormat untuk lelaki Muslim.
Amou Haji, berusia 80-an telah mengaku tidak mandi selama 64 tahun dan kali terakhir dia mandi ketika usia 20-an lalu. Lelaki yang hidup bersendirian di Kampung Dejgah, selatan Iran ini dikatakan percaya kebersihan boleh membuatkan dia jatuh sakit.
Penduduk kampung di sekitarnya pernah berusaha untuk memberi makanan yang lebih berkhasiat, namun lelaki itu menolak dengan alasan tidak biasa dengan makanan bersih sebaliknya dia lebih menyukai makanan yang telah busuk dan rosak.
Amou juga minum lima liter air sebagai rutin harian namun dari sebuah tong minyak besar yang berkarat berdekatan pondok kecilnya. Dia juga tinggal di pondok yang telah dibina oleh penduduk kampung dan di dalam sebuah lubang dalam tanah.
Amou menjelaskan bahawa dirinya pernah ditimpa musibah sewaktu muda, lalu memaksa dirinya untuk meninggalkan rumah dan keluarga. Apa sebenarnya musibah itu, dia enggan mengungkitnya lagi.
Namun begitu, dia kelihatan sangat bahagia berbanding orang yang mempunyai rumah besar dengan segala kemudahan yang sempurna.
Untuk berehat dan santai, dia suka duduk dan menghisap rokok , dari satu paip yang dipenuhi dengan najis haiwan.
Rumahnya terletak di kampung Dejgah di wilayah selatan Fars di Iran di mana, pernah sekali, sekumpulan lelaki muda menawarkan untuk memandikan diai – tapi dia bernasib baik apabila dia berjaya melarikan diri katanya.
Tetapi jangan berfikir Encik Amou tidak menjaga dirinya sendiri – apabila dia mahu kelihatan yang terbaik dia akan menggunakan cermin kereta untuk berdandan, The Tehran Times melaporkan.
Dan, apabila dia memerlukan potongan rambut, dia hanya membakar rambutnya dengan api.
Bagi pakaian pula, dia memakai kain lusuh dan, pada musim sejuk, topi keselamatan perang adalah untuk menahan sejuk.
Rekod terakhir bagi yang paling lama tanpa mandi adalah kepunyaan seorang lelaki India berusia 66 tahun, Kailash Singh, yang tidak mandi selama 38 tahun.
Encik Amou mendakwa telah mengalahkannya.
Sumber: Dailymail.co.uk

0 komentar

Post a Comment