Wednesday, 24 January 2018

[Foto] Tahniah! Tahniah buat Yuna, Kerana Bakal Menamatkan Zaman Bujangnya Dengan Lelaki Ini Pada 28 Jan!


Tidak dinafikan lagi, Yunalis Zarai atau Yuna kini bercinta dengan Adam Sinclair, iaitu adik kepada Asyraf dan Aisyah Sinclair.

Meskipun ia bukan lagi rahsia, namun Yuna mahupun Adam masing-masing mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status hubungan mereka. 
Walaupun Yuna tidak pernah memuatnaik gambar mereka berdua, dan lebih mengutamakan kepada karier muzik, namun hubungan Yuna bersama keluarga Sinclair dikatakan sangat rapat dan gambar mereka bercuti bersama pernah tersebar luas di laman sosial.

Baru-baru ini, produser muzik kepada Yuna memberi ‘hint’ apabila memuatnaik gambar dan kapsyen #lastrayabujang. Adakah kapsyen itu menunjukkan kepada hubungan Yuna dan Adam Sinclair? Jika ya, pasti peminat ternanti-nanti dan teruja dengan khabaran gembira ini. 
Adam Sinclair juga memuatnaik kapsyen yang seakan-akan ada sesuatu yang istimewa bakal dikongsikan. Wah, bila pula empunya diri Yuna nak umumkan?

Bukan itu sahaja, Tunku Bakar yang merupakan teman istimewa kepada Uqasha Senrose juga memuatnaik gambar mereka bersama Yuna dan Adam Sinclair ketika hari raya.
Jika betul gosip bahawa Yuna dan Adam Sinclair bakal tamatkan zaman bujang mereka, tahniah diucapkan dan sudah pasti peminat tidak sabar-sabar menantikannya.











kredit: jarijemari

0 komentar

Post a Comment