Sunday, 28 January 2018

[Foto] Kasihnya Ibu Pada Anak Peluk Kaku Jasad Anak Berlumuran Darah

Tawau : Perkerja kolam udang Agus Tinus,21, temui ajal dengan targis diperjalanan pulang kerumah nya awal pagi semalam yang mana motosikal yang ditunggang nya terbabas dan merempuh penghadang pejalan kaki dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi berhampiran jejantas Balung, Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, siasatan awal ditempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, berusia 21 tahun, menunggang motorsikal jenis lagenda dipercayai gagal mengawal motorsikal yang ditunggangnya lalu terbabas sebelum melanggar besi penghadang laluan pejalan kaki dan telah tercampak lebih kurang 31 meter dari lokasi kejadian.
ACP Fadil berkata, kemalangan berlaku dimana mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menghala ke arah rumah mangsa di Kampung Inderasabah, Tawau. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Laporan awal yang mengatakan diri Agus mabuk tidak benar, mengikut pihak Polis,mangsa tidak mabuk semasa menunggang motosikal dan motosikal mangsa mengalami kerosakan dibahagian hadapan akibat hilang kawalan ,Kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Apa yang paling memilukan ditempat kejadian kehadiran ibu nya yang dikenali dengan nama rina menangis sambil memeluk jasad kaku anak nya yang berlumuran sehingga lah pihak polis tiba untuk membawa jasad itu ke hospital
Ibunya memeluk erat jasad tersebut tanpa melepaskan sesaat pun dia amat sedih kehilangan anak nya, situasi ditempat kejadian mengundang pilu orang ramai yang berada ditempat kejadian kebanyakan mereka baru pulang dari solat subuh, semoga ibu ini tabah. Al fatihah.

0 komentar

Post a Comment