Friday, 26 January 2018

[Foto] Ingat Lagi Anak Shah Rukh Khan Dalam Kabhi Kushi Kabhie Gham Kini Berusia 23 Tahun Dan Kacak Habis!



Sudah pasti ramai yang meminati filem Bollywood kerana pada pertengahan 90-an hinggalah ke tahun 2000, filem Bollywood ini menjadi kegilaan ramai tidak kira muda ataupun tua.

Di Malaysia sendiri pun, filem ini mendapat tempat di hati rakyat kerana kebanyakan filem ini memaparkan unsur-unsur kekeluargaan dan juga cinta yang mendalam.

Antara filem-filem Bollywood yang pasti ramai ingat adalah Kuch Kuch Hota Hai, Kal Ho Na Ho, Mohabbatein dan banyak lagi filem yang boleh dianggap legenda kerana sudah lama ditayangkan.

Walaupun filem-filem ini sudah lama dan hampir mencecah puluhan tahun tetapi pasti ada dalam kalangan kita yang mengingati jalan cerita serta watak-watak yang dilakonkan serta lagu-lagu yang dimainkan di mana kebanyakannya menyentuh jiwa dan perasaan kita.

Salah satu filem yang menjadi sebutan hangat dan sentiasa ditayangkan adalah filem Kabhi Kushi Kabhie Gham di mana filem ini memaparkan nilai kekeluargaan dan juga kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Menariknya filem ini adalah ia telah menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan serta Kareena Kapoor.

Tetapi apa yang menarik perhatian adalah mengenai watak anak Shahrukh Khan dan Kajol iaitu Krish yang dipegang oleh seorang lelaki dikenali sebagai Jibraan Khan.

Watak yang dipegang olehnya dianggap sebagai watak yang bersahaja, comel serta pintar untuk bertutur telah membuat ramai orang jatuh hati kepadanya.

Jika dahulu, orangnya hanyalah kanak-kanak kecil tetapi kini sudah 15 tahun berlalu, wajah yang kecil itu bertukar menjadi lelaki yang tampan dan kacak serta sedap mata memandang.

Sudah pasti ramai yang akan jatuh hati apabila melihat wajah Jibraan yang terkini di mana wajahnya itu seakan-akan wajah Shahrukh Khan.

Pasti ramai yang akan jatuh hati tatkala melihatnya di mana dia memiliki jambang yang menarik serta pandangan mata yang boleh membuat ramai wanita jatuh hati.

Difahamkan Jibraan kini sudah berusia 23 tahun dan dia juga masih aktif di dalam dunia lakonan.

Mari kita lihat perbezaan gambar terdahulu dan terkini Jibraan yang pasti akan membuat hati kita berbunga-bunga.

2.jpg

3.jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg

8.jpg

Sumber: wartawan-jalanan

0 komentar

Post a Comment