Wednesday, 31 January 2018

[Foto] Dada Tersusuk Sabit Pengait Sawit, Ajal Adik Akim Semasa Teman Atuk



Bagan Datuk : Hasrat seorang kanak-kanak lelaki menemani datuk nya mengait buah sawit dikebun kepala sawit milik datuk nya berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia tersusuk sabit sawit yang terpelating tercabut semasa mengait buah sawit.
Dalam kejadian 2 petang di Sungai Tiang Darat Bagan Datuk mangsa, Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, 12, dipercayai ke kebun itu untuk menemani datuknya mengait kelapa sawit disebabkan cuti sekolah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati sabit yang digunakan datuknya itu terjatuh bersama buah sawit sebelum melantun dan terkena bahagian kiri dada kanak-kanak terbabit.
Katanya, mangsa yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat parah dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Batang, Bagan Datuk untuk menerima rawatan.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat parah di dada kirinya,mangsa yang pada awalnya hanya mengalami cedera segera dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Batang namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat.
“Mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini, semoga atuk ibu serta ayah tabah apa yang berlaku amat tragis semoga roh adik akim tenang disana. Al fatihah.
Sumber : accidentportal.com

0 komentar

Post a Comment