Sunday, 28 January 2018

Dirompak Dan Ditembak Ketika LIVE Facebook, Mohd Irfan Akhirnya Dedahkan Perkara Sebenar Yang Terjadi..Tak Sangka Jadi Begini!

“SAYA masih trauma dengan kejadian itu dan selepas ini akan berpindah pejabat kerana tidak mahu kejadian berulang,” kata Mohd Irfan Abdullah, 26, yang cedera di betis kanan selepas ditembak oleh tiga lelaki bertopeng kejadian di Banggol Kulim, Rantau Panjang, kelmarin.
Kejadian 11.15 malam itu turut menyebabkan mangsa kehilangan barang kemas RM150,000 dan wang tunai RM80,000.
Mohd Irfan yang masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berkata, dia menjalani pembedahan di kaki kanan kelmarin.
Katanya, tiga lelaki bertopeng itu mengaku sebagai pelanggannya.
“Kami bercakap selama 10 minit sebelum mereka mengugut supaya menyerahkan barangan berharga termasuk wang tunai.
“Mereka mengambil barangan kemas dan wang tunai sebelum melepaskan satu das tembakan yang terkena di kaki saya,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, Kota Bharu, hari ini.
Menurutnya, dia terus menghubungi kakaknya dengan menggunakan telefon pejabat sebelum ahli keluarga datang.
Mohd Irfan berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.
Harian Metro semalam melaporkan, dalam kejadian 11.15 malam kelmarin, Mohd Irfan cedera di betis kanan selepas ditembak tiga lelaki bertopeng.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga peniaga dalam talian seorang diri di pejabat turut kehilangan barang kemas RM150,000 dan wang tunai RM80,000.
Ibu kepada seorang peniaga online, Mohd Irfan Abdullah berkongsi cerita syukur kerana anaknya itu terselamat dari maut walaupun cedera selepas dirompak dan ditembak penyamun, lapor Wartawan Kota Bharu Rosalwani Che Soh.
Sebelum Ini Kecoh Apabila Peniaga Facebook kena bedil


PENIAGA parah selepas ditembak di betis kiri sebelum dikunci dari luar oleh sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang, malam tadi.
Mohd Irfan Abdullah, 26, ketika itu bersendirian di pejabat sebelum didatangi tiga lelaki bertopeng, pada 11.15 malam tadi.
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata pihaknya menerima panggilan pad 11.33 malam.
Menurutnya, sebaik sampai polis terpaksa membuka pintu jeriji besi dipercayai dikunci penjenayah sebelum mereka melarikan diri.
Katanya, mangsa ditemui di tingkat satu pejabatnya dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa ditembak di betis kiri dan polis menemui peluru 9mm di tempat kejadian. Kami percaya mangsa ditembak selepas diugut oleh penjenayah.
“Siasatan melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiga lelaki bertopeng menaiki Perodua Kancil putih.
“Mereka melarikan barang kemas bernilai RM150,000 dan RM8,000 tunia milik mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.
Abdullah berkata, mangsa menjalankan perniagaan kosmetik, barangan kemas dan pakaian secara dalam talian serta aktif membuat ‘live’ di Facebook.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan rompakan itu sudah dirancang oleh suspek berdasarkan kepada pergerakan mereka melalui CCTV.
“Kami akan mengesan tiga penjenayah itu dan kemungkinan besar mereka lari ke sempadan memandangkan jaraknya yang terlalu dekat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
Image may contain: 1 person, close-up
“Kami harap kerjasama orang ramai untuk menyampaikan maklumat yang boleh disalurkan ke IPD Pasir Mas atau hubungi 09-7932222 atau balai polis berdekatan,” katanya.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Nordin Kadir, 51, berkata, kejadian itu diketahui pada 11.35 malam, selepas mendapat panggilan daripada Mohd Irfan.
“Semalam, kami sempat makan bersama dan dia kembali ke pejabatnya selepas solat Maghrib. Biasanya dia akan ditemani beberapa pekerja.
“Tapi, katanya semalam pekerjanya cuti dan dia bersendirian di pejabat,” katanya.
Katanya, adik iparnya itu menjalankan perniagaan dalam talian dan aktif membuat ‘live’ video di Facebook dan yang terakhir kira-kira 3 petang semalam.
sumber: hmetro

0 komentar

Post a Comment