Wednesday, 10 January 2018

Betul ke ni ? Fazura bagi hint nak mengandung. Tahniah kepada pasangan bahagia ni



Walaupun sudah masuk tahun 2018, kemaruk #Fattzura yang melanda peminat hujung tahun lalu masih lagi rancak diperkatakan. Bermula kecohnya kisah bertunang senyap-senyap sehingga menunaikan umrah bersama-sama, pasangan pelakon popular ini selamat melangsungkan perkahwinan mereka dalam majlis tertutup pada 27 November 2017 yang lalu.

Seperti yang diketahui ramai, Fattah Amin pernah berkongsi nama anakyang dipilih bersama Fazura sewaktu mereka menunaikan umrah di Mekah tahun lalu. Fattah dan Fazura yang kini sedang menikmati bulan madu di London dilihat begitu bahagia dalam gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram.



Selain berlakon, menyanyi dan mengusahakan House of Doll, Fazura kini rancak mempromosikan Trudolly, sejenis supplemen kecantikan pula. Sewaktu menghadiri majlis perasmian Trudolly di London baru-baru ini, sebuah video telah tersebar di Instagram menunjukkan Fazura sedang menjamu selera.

Menerusi video tersebut, Fazura kelihatan sedang makan dengan begitu berselera dan perakam video telah mengajukan satu soalan kepada pelakon cantik berkenaan.

“Banyak makan sis? Tak makan ke tadi?” kata individu tersebut kepada Fazura.

Menjawab pertanyaan individu tersebut dengan selamba, Fazura menyatakan bahawa dirinya mungkin sedang mengidam menyebabkan dia makan dengan banyak.

“Bukan apa, kot kot mengidam ke apa…kot kot lah I cakap,” jawab Fazura sambil ketawa.

Beberapa orang rakan lain yang ketika itu bersamanya di meja makan kelihatan begitu teruja dengan reaksi spontan diberikan Fazura. Semua yang berada di situ mengucapkan ‘Amin’ atas kata-kata Fazura serta berharap ianya akan dimakbulkan tidak lama lagi.



Seakan memberikan hint bahawa dia sedang mengidam, entri tersebut sudah pastinya mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendoakan agar pelakon berkenaan benar-benar hamil dan dapat segera menimang cahaya mata.

Waaah, tak sabar nak tengok #Fattzura junior!

Sumber: Lobakmerah

0 komentar

Post a Comment