Sunday, 14 January 2018

‘Anak Rambut Belakang Tu Hajah Oi’ – Video Neelofa Nampak Leher Dan Anak Rambut, Ini Respon Netizen



Menjadi seseorang selebriti popular bukanlah sesuatu yang mudah, apa sahaja yang dilakukan mereka pasti menjadi perhatian orang di sekeliling. Mengambil contoh Neelofa sebagai seorang selebriti terkenal dan berjaya, beliau juga sering dihimpit pelbagai kontroversi hangat. Namun, itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus kekal mencipta kejayaan dalam industri hiburan tanah air.

Terbaru, satu portal di facebook telah berkongsi video dimana Neelofa memakai turban tetapi bahagian lehernya terdedah sehingga menampakkan anak rambut.

'Malaysia is so hot nowasays'


Berikutan cuaca yang sejuk di Malaysia pada hari ini, Neelofa secara berseloroh memberitahu ‘You know what, Malaysia is so cold nowadays. I cant take it’. Video yang berdurasi 0:08 saat itu mendapat hampir 80k tontonan setelah diupload Rotikaya beberapa jam lalu.

Di ruangan komen video tersebut, ramai yang memberikan respon tidak senang melihat telatah Neelofa.

Mereka juga mempertikaikan cara pemakaian Neelofa yang seolah-olah tidak sensitif. Pada mereka, seorang yang bertudung tidak seharusnya mendedahkan bahagian leher sehingga menampakkan anak rambut.

Komen netizen


Mungkin kerana Neelofa kini sudah bergelar Hajah, netizen merasakan Neelofa tidak sewajarnya berpakaian sedemikian. Namun apa yang pasti, teguran netizen adalah tanda mereka sayang akan selebriti kegemaran mereka itu kan?

Tapi memang betullah Malaysia sejuk sangat sekarang kan? Dah macam dekat Cameron Highland.

Sumber : Rotikaya

0 komentar

Post a Comment