Monday, 22 January 2018

Akhirnya ! Datuk Farid Kamil dibebaskan. Peminat lega semuanya dah selesai..



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, dilihat kembali berkongsi status di Instagram petang tadi, sekali gus melegakan pengikutnya.

Kali terakhir aktor berusia 37 tahun itu berbuat demikian ialah pada 7 Januari lalu, empat hari sebelum dirinya ditahan di balai polis Kota Damansara, selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Image result for farid kamil

Menerusi perkongsian baharu di akaun @faridkamilz, beliau mempromosikan drama bersiri lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu, yang mula disiarkan sejak 15 Januari lalu di sebuah saluran berbayar.

Walau hanya meletakkan status 'Now Showing' yang disertakan poster promosi dengan menunjukkan gambarnya dengan dua pelakon lain, entri berkenaan meraih hampir 50,000 'like'.

Beliau turut menerima 1,600 komen daripada peminat yang menyatakan rasa lega di atas perkembangan aktor terbabit, selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Peminat suami kepada Datin Diana Danielle itu juga turut mendoakan kesejahteraannya dan meminta Farid terus tabah berdepan dugaan dalam kehidupannya.

Image result for farid kamil

Instagram pelakon Tombiruo itu diikuti oleh lebih 768,000 orang.

Selain Farid, drama arahan Along Kamaludin itu turut diperkuatkan oleh Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah dan Nadiyah Shahab.

Image result for farid kamil

Terdahulu, selepas ditahan reman lima hari dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin, beliau dipercayai masih berada di hospital menjalani pemeriksaan kesihatan.

0 komentar

Post a Comment